Friday, 20 April 2012

ISLAM MENGUBAH TAMADUN JAHILIYYAH


Seperti mana yang telah dimaksudkan di atas,darin segi takrifnya jahiliyyah membawa maksud sebuah masyarakat yang jahil (bodoh),pagan (tidak mempercayai agama samawi ) tidak berakhlak,tidak mempunyai ilmu pengetahuan,rosak system social ,runtuh institusi ekonomi dan politik.Bagaimanapun dalam konteks sejarah istilah  jahiliyyah biasanya dipakai terhadap suatu masyarakat di Tanah Arab pada zaman fatrah iaitu suatu zaman yang kosong daripada pimpinan nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.Ia berlangsung selama 3 abad iaitu sejak kejatuhan kerajaan himyar pada 300 M hingga kerasulan nabi Muhammad صpada tahun 610 M.Namun,jahiliyyah boleh diklasifikasikan seperti berikut:

A)zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci.

B)zaman yang tidak mempunyai peradapan atau tamadun.

C)masyarakat jahil dan tidak boleh menulis atau membaca
.
   Berdasarkan kepada penjelasan di atas,maka amat jelas kepada kita bahawa masyarakat jahiliyyah merupakan masyarakat yang tidak bertamadun,rosak sistem akhlak,tidak tulen sistem kepercayaan,runtuh sistem sosial dan jahil ilmu pengetahuan.Namun,setelah kemunculan nabi Muhammad  صy ang dilantik menjadi rasul yang terakhir ,maka kehidupan masyarakat arab yang dalam kegelapan tersebut bertukar wajah sedikit demi sedikit kepada  suasana yang bersinar dan bercahaya.Sungguhpun pada peringkat awalnya,usaha dan gerakan dakwah nabi Muhammad ص mengajak masyarakat Arab kepada agama yang benar amat terbatas,di samping menempuh pelbagai mehnah dan tribulasi namun,hasil keberkatan dan kebesaran nabi dan umat islam akhirnya segala dugaan itu dapat ditangani dengan penuh bijaksana dan berhikmah.
     Dengan menggunakan cara dakwah yang penuh hikmah dan efektif,usaha nabi Muhammad  ص ketika di Makkah selama 13 tahun  akhirnya Berjaya mengislamkan beberapa orang para sahabat dan ahli keluarga baginda,antaranya ialah isterinya Khadijah,Abu Bakar,Umar al-Khatab,Uthman al Affan,Ali bin Abu Talib dan beberapa orang lain.Walaupun tidak ramai yang memeluk agama islam ketika itu namun ia merupakan satu permulaan yang baik.Penekanan dakwah nabi pada fasa ini hanyalah tertumpu pada elemen akidah dan akhlak.Sesungguhnya nabi Muhammad ص telah Berjaya merubah sikap,agama dan paradigm yang suci,bersih dan tulus,datang dari ajaran agama yang benar iaitu Islam.Di antara kesan-kesan perubahan yang  terhasil daripada proses islamisasi terhadap tamadun jahiliyyah ialah:

A)agama dan kepercayaan
B)amalan tradisi:

    1)membunuh anak perempuan

    2)adat perkahwinan

    3)kedudukan kaum wanita

C)ekonomi

D)sosial:

    1)assobiyyah yang melampau

    2)berzina

    3)saling berperang

    Sesungguhnya kelahiran tamadun islam boleh di anggap keganjilan sejarah tamadun manusia kerana ia lahir di satu kawasan terpencil iaitu di padang pasir yang tidak begitu diketahui oleh penduduk dunia pada ketika itu.Kawasan itu dikenali sebagai hijjaz yang mengandungi  tiga buah kota yang terkenal iaitu Makkah ,Madinah dan Ta’if.Lebih terperinci lagi,kejayaan agama islam mengubah tamadun jahiliyyah dapat diikuti pada dua fasa seterusnya iaitu fasa perkembangan di zaman makkiyyah dan fasa perkembangan dan pengukuhan di zaman madaniyyah.

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM ZAMAN NABI MUHAMMAD


Di tengah-tengah kehidupan masyarakat Arab Jahiliyyah Makkah yang penuh dengan pelbagai maksiat seperti gemar berjudi,berzina,minum arak,merompak,mencuri dan pelbagai lagi maka,lahirlah seorang hamba Allah yang bernama Muhammad iaitu nabi akhir zaman.Nabi Muhammad ص lahir pada tanggal 12 Rabi’Al Awal Tahun Gajah bersamaan 10 April 571 M,daripada keturunan Quraisy yang merupakan suku arab yang paling mulia ketika itu.Baginda merupakan seorang yatim sejak baginda dari kandungan lagi di mana ayahandanya (Abdullah Bin Abdul Mutalib) meninggal dunia di Yathrib iaitu ketika dalam perjalanan dari Syam ke Mekah.Ibu Baginda pula meninggal ketika Baginda berusia 5 tahun.Sejak dari kecil, baginda merupakan seorang yang memiliki budi pekerti yang luhur dan mulia ‘oleh sebab itu baginda mendapat gelaran As Sadiq Al Amin (orang yang benar lagi dipercayai)daripada penduduk mekah.
         Setelah baginda meningkat dewasa ,baginda selalu mengasingkan diri (berkhalwat) dari masyarakat yang di kasihinya.Ketika itu masyarakat arab digelar masyarakat jahiliyyah kerana keadaaan mereka yang rosak akhlak,jauh dari agama,gemar melakukan maksiat.Semasa baginda berkhalwat di Gua Hira’,baginda telah didatangi oleh malaikat jibril dengan membawa wahyu (ayat al Quran) yang pertama iaitu 5 ayat daripada surah al-Alaq:

ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ   t,n=y{ z`»|¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ   ù&tø%$# y7š/uur ãPtø.F{$# ÇÌÈ   Ï%©!$# zO¯=tæ ÉOn=s)ø9$$Î/ ÇÍÈ   zO¯=tæ 

z`»|¡SM}$# $tB  Os9 ÷Ls>÷ètƒ ÇÎÈ  
1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan,5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
              
              Peristiwa ini berlaku pada tanggal 17 Ramadhan (6 Ogos 610 M),dan merupakan tarikh kelahiran tamadun islam di atas muka bumi ini dan tarikh mula runtuhnya zaman kegelapan di semenanjung tanah arab .Dengan turunnya wahyu yang pertama itu maka ,secara rasmi Muhammad ص  dilantik menjadi Nabi Akhir Zaman dan kemudiannyaapabila turun wahyu yang kedua baginda dilantik menjadi Rasul oleh Allah iaitu ketika usia nabi Muhammad ص 40 tahun.
            Semasa zaman nabi Muhammad ص dilantik menjadi nabi dan rasul telah banyak dugaan dan cabaran baginda baginda hadapi daripada orang musyrik makkah termasuk tentangan daripada kaum kerabat baginda sendiri.Mereka telah menolak secara terang-terangan kenabian dan ajaran islam yang dibawa oleh bagindaterutama sekali apabila disuruh meninggalkan ajaran nenek moyang mereka iaitu ajaran menyembah berhala.Walaupun Nabi Muhammad ص dan umat islam yang sangat kecil bilangannya itu mendapat tentangan yang sangat dahsyat daripada kaum musyrik namun,mereka tetap menjalankan tugas seperti yang diperintahkan oleh Allah.Dalam tempoh awal perkembangan tamadun islam ,terdapat beberapa fasa nabi Muhammad  ص menyebarkan ajaran islam.Fasa yang paling penting ialah keluarga terdekat dan dalam kalangan para sahabat baginda.Fasa ini juga dikenali sebagai fasa ‘islam merubah tamadun jahiliyyah’.Fasa yang kedua ialah fasa pengukuhan agama islam  dan tamadun islam yang diklasifikasikan sebagai fasa ketika di makkah.Fasa ketiga ialah fasa pengukuhan serta kesejegatan islam iaitu ketika di madinah.

Riwayat Hidup al Imam Ibnu al Jazari-Imam Qurra (2)


Latar Belakang

Nama sebenar al-Imam Ibnu al-Jazari ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin `Ali bin Yusuf al-Jazari al-Dimasyqi. Beliau digelar sebagai Abu al-Khair. Beliau dilahirkan pada malam Sabtu 25 Ramadhan 751 Hijriah di Dimasyq, Syam. Di Dimasyq inilah beliau dibesarkan dan menjadi tempat beliau tamat menghafaz al-Quran ketika beliau berusia 14 tahun lagi. Apabila beliau membesar beliau lebih cenderung untuk mendalami ilmu al-Qiraat daripada masyayikh-masyayikh yang ada pada ketika itu.

Guru-guru beliau Di antara ulama-ulama Dimasyq yang menjadi tempat beliau bertalaqqi ialah Abu Muhammad Abdul Wahhab bin as-Salar, Syeikh Ahmad bin Ibrahim at-Thohhan, Syeikh Abu al-Ma`ali Muhammad bin Ahmad al-Labani dan al-Qodhi Abu Yusuf Ahmad bin al-Husain al-Kifri al-Hanafi.

Manakala guru-guru beliau dari Mesir ialah Abu Bakr Abdullah bin al-Jundi, Abu Abdillah Muhammad bin as-Sho`igh, Abu Muhammad Abdul Rahman bin al-Baghdadi dan Syeikh Abdul Wahhab al-Qorwi. Ketika beliau bermusafir ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji dan menuju ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah s.a.w, beliau telah bertalaqqi al-Quran dengan Imam Masjid al-Nabawi ketika itu iaitu Muhammad bin Soleh. Beliau juga telah mentalaqqi al-Quran daripada hampir semua imam-imam qiraat daripada Syam, Mesir, Hijaz baik secara ifrad dan jama` dengan berpandukan kitab-kitab qiraat yang muktabar seperti as-Syatibiah, at-Taisir, al-Kafi, al-`Unwan, al-I`lan, al-Mustanir, at-Tazkirah, at-Tajrid dan lain-lain kitab qiraat yang masyhur pada ketika itu yang menjadi rujukan utama umat Islam dalam bidang ini. Beliau juga mengadakan majlis pengajian qiraat selama beberapa tahun di Jami` Umawi, Dimasyq dengan sambutan yang cukup hebat oleh murid-murid beliau pada masa itu. Ada dikalangan mereka yang bertalaqqi daripada beliau berdasarkan satu buah kitab qiraat sahaja. Ada juga yang lebih daripada satu buah kitab. Ada yang bertalaqqi daripada beliau Qiraat Tujuh, Qiraat Sepuluh bahkan lebih daripada itu.

Antara anak-anak murid beliau yang mengambil Qiraat Sepuluh ialah anak beliau sendiri Abu Bakr Ahmad bin Muhammad, Syeikh Mahmud bin al-Husain as-Syirazi, Syeikh Najibuddin Abdullah bin al-Husain al-Baihaqi, Syeikh Muhammad bin Ahmad bin al-Haim dan sebahagian besar murid-murid beliau yang lain.

Kegigihan beliau Kesungguhan beliau untuk mendalami ilmu qiraat ini cukup terserlah dengan ketabahan beliau merantau keseluruh rantau Islam untuk belajar ilmu Qiraat dan mengajarkannya. Beliau telah bermusafir ke Mesir, Madinah, Basrah, Samarqand, Khurasan, Isfahan dan Syiraz. Ketika beliau singgah di `Anizah, Najd beliau telah mengarang kitab ad-Durrah al-Mudhiah, kitab Qiraat Tiga untuk menyempurnakan Qiraat Tujuh oleh Imam as-Syatibi sehingga dikenali sebagai Qiraat Sepuluh Syughra.

Ketika beliau berada di Madinah, setelah selesai beliau mengarang Tahbir at-Taisir, beliau mengarang satu kitab lagi yang cukup bermakna dalam dunia ilmu al-Quran dan al-Qiraat iaitu an-Nasyr Fi al-Qiraat al-`Asyr. Kitab ini merupakan kitab yang paling sempurna di antara sekian banyak kitab-kitab beliau dalam membahaskan ilmu tajwid dan qiraat. Kitab inilah yang menjadi manhaj tertinggi pengajian ilmu qiraat sejak zaman dahulu sehinggalah sekarang.

Setelah itu, beliau telah mengarang sebuah kitab untuk mentalkhis kitab an-Nasyr ke dalam bentuk matan dengan nama Toyyibah an-Nasyr Fi al-Qiraat al-`Asyr. Kitab inilah yang telah al-Azhar tetapkan dalam manhaj pengajian qiraat di marhalah Takhassus Qiraat di maahad-maahaq qiraat di seluruh Mesir. Di samping itu, semasa beliau berada di Madinah beliau telah mengarang beberapa kitab lain samada qiraat dan lain-lain.
Kealiman beliau dalam bidang-bidang lain Sebenarnya al-Imam tidaklah alim dalam bidang qiraat sahaja, bahkan beliau sangat alim dalam beberapa disiplin ilmu yang lain seperti tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh, tauhid, tasauf, nahu, sorf, balaghah dan lain-lain lagi. Akan tetapi, di antara ilmu-ilmu yang dinyatakan tadi ternyata beliau lebih alim dalam bidang ilmu hadith. Al-Imam telah mempelajari ulum hadith ini daripada guru-guru beliau seperti as-Syeikh Solahuddin bin Ibrahim bin Abdullah al-Muqaddisi al-Hanbali, al-Imam al-Mufassir al-Muhaddith al-Hafiz Abu al-Fida` Ismail bin Kathir, al-Imam Ibnu `Asakir, Zainuddin bin Abdul Rahim al-Isnawi dan beberapa guru beliau yang muktabar.

Beliau mendalami ilmu ini baik dirayah mahupun riwayah sehingga beliau digelar al-Huffaz ath-Thiqat al-Athbat. Beliau berguru dengan al-Imam al-Isnawi dan al-Imam Ibnu Kathir sehinggalah beliau diberi keizinan oleh gurunya untuk memberi fatwa dan pengajian pada tahun 774 Hijriah sedangkan pada ketika itu beliau baru berumur 24 tahun dan al-Imam Ibnu Kathir merupakan guru pertama yang memberi ijazah keizinan memberi fatwa kepada beliau. Beliau juga diiktiraf untuk memberi fatwa oleh as-Syeikh Dhiauddin pada tahun 778 Hijriah. Manakala pada tahun 785 Hijriah, Syaikhul Islam al-Balqini juga melakukan perkara yang sama. Beliau telah dilantik sebagai Masyikhah as-Solihiyyah di Baitul Maqdis selama beberapa waktu.

Beliau juga pernah dilantik sebagai qadhi di Syam dan Syiraz. Ketika beliau di Syiraz, beliau telah menubuhkan sebuah madrasah untuk mengajar ilmu qiraat yang diberi nama "Darul Quran". Kewafatan beliau Pada waktu dhuha hari Jumaat bertepatan 5 Rabi`ul Awwal 833 Hijriah, beliau telah pulang mengadap Rabul `Izzati. Beliau telah disemadikan di Darul Quran yang diasaskan olehnya. Jenazah beliau telah diiringi oleh seluruh umat tanpa mengira darjat dan pangkat. Ini memberi bukti beliau benar-benar dikasihi umat.

Renungan Bersama Sesungguhnya al-Imam merupakan seorang yang alim, soleh, wara`, zuhud dan pemurah. Seluruh masa dan waktu beliau penuh dengan amal kebajikan dan taqarrub. Sentiasa membaca al-Quran dan mendengarnya daripada orang lain, tekun menuntut ilmu sehinga mampu mengarang. Beliau tidak pernah meninggalkan qiamullail baik ketika beliau kelapangan atau dalam permusafiran. Senantiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis serta tiga hari dalam setiap bulan. Banyak karangannya yang bermanfaat menunjukkan tingginya kegigihan beliau dan hebatnya ilmu beliau tanpa mengira disiplin ilmu apatah lagi dalam bidang ilmu al-Quran dan al-Qiraat yang diberi kelebihan oleh Allah S.W.T kepada beliau

Riwayat Hidup Imam Syatibi-Imam Qurra' (1)


Nama sebenar beliau adalah al-Qasim bin Firruh bin Ahmad bin Khalaf bin Abu Qasim Muhammad al-Syatibiy al-Ru’ainiy al-Andalusiy al-Dhorir dan beliau bermazhab Syafi’ei. Dilahirkan dalam keadaan buta pada akhir tahun 538 hijrah di Andalus (Sepanyol) disebuah perkampungan yang bernama Syatibah (sekarang dalam daerah Barcelona). Di Syatibah beliau mempelajari al-Qur’an dan Qiraat daripada gurunya Abi Abdullah Muhammad bin Abi al-‘As al-Nafari. Kemudian beliau merantau ke Balansiah iaitu satu perkampungan yang berhampiran dengan Syatibah dan berguru dengan Ibn Huzail. Beliau mempelajari ilmu Qiraat dan telah menghafal kitab al-Taisir karangan Imam Abu ‘Amru al-Dani dan juga mempelajari ilmu hadith. Beliau juga telah mempelajari ilmu Qiraat dari Syeikh Abi Tohir al-Salafi di Iskandariah, Mesir. Apabila beliau beliau sampai ke Mesir, beliau telah diberi penghormatan yang tinggi oleh ulama’-ulama’ di Mesir dan sekali gus dilantik sebagai ketua lujnah al-Qur’an oleh raja Mesir pada ketika itu. Imam Abu Syaamah al-Dimasyqiy mencipta sepotong syair yang menggambarkan betapa tingginya penghormatan ulama’-ulama’ Mesir terhadap Imam Syatibiy yang berbunyi:


Bermaksud: Aku melihat sekumpulan ulama’ yang bergembira dengan munculnya Imam al-Syatibiy, Dan kesemuanya membesar dan memuji beliau seakan-akan para sahabat memuji nabi. Masyarakat Mesir pada ketika itu berlumba-lumba untuk mempelajari al-Qur’an daripadanya. Kebiasaanya beliau memulakan pengajaran selepas solat subuh dan sentiasa mendahulukan murid-muridnya yang datang awal dengan berkata “ sesiapa yang datang awal, hendaklah dia yang baca dulu” .

Pernah berlaku, seorang anak muridnya yang selalu datang awal tidak dibenarkan membaca dahulu tanpa diberitahu sebabnya dan disuruh pula murid yang datang selepasnya membaca dahulu. Berfikirlah anak murid yang selalu datang awal itu seketika tentang perkara tersebut lalu tiba-tiba beliau menyedari bahawa beliau masih dalam keadaan junub. Lalu bergegaslah beliau untuk membersihkan diri (mengangkat hadas besar) dan sekembalinya beliau ke tempat pengajian, didapati murid yang kedua tadi masih belum selesai membaca dan ketika itu jugalah Imam al-Syatibiy serta-merta memberhentikan murid keduanya dan terus berkata “ sesiapa yang datang awal, hendaklah dia yang baca dulu”

Di antara kehebatan beliau ialah dapat mendengar azan yang menunjukkan masuk waktu solat tanpa diazankan. Beliau tidak bercakap kecuali apa yang dirasakan perlu dan hanya hadir mendengar bacaan murid-muridnya dalam keadaan berwuduk. Apabila ditanya tentang hal keadaannya beliau akan hanya menjawab dengan katanya: “sihat” walaupun pernah menderita kesakitan tetapi tidak pernah menzahirkannya. Beliau juga mempunyai keperibadian dan akhlak yang tinggi selain daripada ingatan yang kuat dan akal yang tajam. Tidak memandang dunia dan takut pada hukum Allah. Walaupun beliau bukan bangsa arab, tetapi pengetahuannya dalam bidang ilmu-ilmu Islam serta bahasa arab cukup dalam dan luas. Beliau juga tidak segan silu berpolitik dalam memastikan hukum Allah tertegak di muka bumi ini.

Hirzu al-Amaani wa Wajhu al-Tahaani adalah antara kitab yang dikarangnya yang memuatkan pelbagai nasihat dan saranan kepada pencinta ilmu qiraat didalam bab muqaddimah antaranya,



Maksudnya: Zaman ini zaman yang penuh kesabaran dan sesiapa yang berpegang kepada Islam yang sebenar diibaratkan seperti berpegang pada bara api dan mereka ini akan selamat daripada malapetaka. Berkenaan dengan kitab ini, Al-Tobari meriwayatkan, Imam al-Syatibiy pernah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan Baginda membaca kitab tersebut lalu bersabda “Kitab ini mempunyai keberkatan, barang siapa yang menghafalnya akan dimasukkan ke syurga”.

Beliau meninggal dunia setelah berusia 52 tahun pada hari ahad selepas asar, 28 Jamadil Akhir tahun 590 Hijrah dan dikebumikan pada hari Isnin di atas Jabal Muqattam, Mesir. Begitulah secara ringkasnya sejarah kehidupan Imam al-Syatibiy yang masih ramai tidak mengetahuinya lagi termasuklah pelajar-pelajar dalam bidang qiraat. Imam al-Syatibiy membawa contoh model pendukung ilmu qiraat yang sebenar.

Dalam keadaan beliau yang buta, bukan sahaja hebat dalam bidangnya tetapi sentiasa tegas dalam perkara yang melibatkan hukum Allah. Semoga semua pencinta ilmu qiraat dapat mempersembahkan ilmu ini sepertimana yang dipersembahkan oleh Imam al-Syatibiy bagi mengikis tanggapan bahawa orang qiraat ini hanya tahu membaca al-Qur’an sahaja dan lesu, senyap dan bisu dalam menegakkan kalimah Allah bila balik ke Malaysia nanti . Semoga kekentalan dan semangat tinggi Imam yang pernah bekerja-sama dengan Salahuddin al-Ayubbi ini dapat kita selami dan seterusnya menjadikan ilmu ini sebagai salah satu alternatif dalam mengembalikan masyarakat ke jalan yang benar.