Friday, 20 April 2012

ISLAM MENGUBAH TAMADUN JAHILIYYAH


Seperti mana yang telah dimaksudkan di atas,darin segi takrifnya jahiliyyah membawa maksud sebuah masyarakat yang jahil (bodoh),pagan (tidak mempercayai agama samawi ) tidak berakhlak,tidak mempunyai ilmu pengetahuan,rosak system social ,runtuh institusi ekonomi dan politik.Bagaimanapun dalam konteks sejarah istilah  jahiliyyah biasanya dipakai terhadap suatu masyarakat di Tanah Arab pada zaman fatrah iaitu suatu zaman yang kosong daripada pimpinan nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.Ia berlangsung selama 3 abad iaitu sejak kejatuhan kerajaan himyar pada 300 M hingga kerasulan nabi Muhammad صpada tahun 610 M.Namun,jahiliyyah boleh diklasifikasikan seperti berikut:

A)zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci.

B)zaman yang tidak mempunyai peradapan atau tamadun.

C)masyarakat jahil dan tidak boleh menulis atau membaca
.
   Berdasarkan kepada penjelasan di atas,maka amat jelas kepada kita bahawa masyarakat jahiliyyah merupakan masyarakat yang tidak bertamadun,rosak sistem akhlak,tidak tulen sistem kepercayaan,runtuh sistem sosial dan jahil ilmu pengetahuan.Namun,setelah kemunculan nabi Muhammad  صy ang dilantik menjadi rasul yang terakhir ,maka kehidupan masyarakat arab yang dalam kegelapan tersebut bertukar wajah sedikit demi sedikit kepada  suasana yang bersinar dan bercahaya.Sungguhpun pada peringkat awalnya,usaha dan gerakan dakwah nabi Muhammad ص mengajak masyarakat Arab kepada agama yang benar amat terbatas,di samping menempuh pelbagai mehnah dan tribulasi namun,hasil keberkatan dan kebesaran nabi dan umat islam akhirnya segala dugaan itu dapat ditangani dengan penuh bijaksana dan berhikmah.
     Dengan menggunakan cara dakwah yang penuh hikmah dan efektif,usaha nabi Muhammad  ص ketika di Makkah selama 13 tahun  akhirnya Berjaya mengislamkan beberapa orang para sahabat dan ahli keluarga baginda,antaranya ialah isterinya Khadijah,Abu Bakar,Umar al-Khatab,Uthman al Affan,Ali bin Abu Talib dan beberapa orang lain.Walaupun tidak ramai yang memeluk agama islam ketika itu namun ia merupakan satu permulaan yang baik.Penekanan dakwah nabi pada fasa ini hanyalah tertumpu pada elemen akidah dan akhlak.Sesungguhnya nabi Muhammad ص telah Berjaya merubah sikap,agama dan paradigm yang suci,bersih dan tulus,datang dari ajaran agama yang benar iaitu Islam.Di antara kesan-kesan perubahan yang  terhasil daripada proses islamisasi terhadap tamadun jahiliyyah ialah:

A)agama dan kepercayaan
B)amalan tradisi:

    1)membunuh anak perempuan

    2)adat perkahwinan

    3)kedudukan kaum wanita

C)ekonomi

D)sosial:

    1)assobiyyah yang melampau

    2)berzina

    3)saling berperang

    Sesungguhnya kelahiran tamadun islam boleh di anggap keganjilan sejarah tamadun manusia kerana ia lahir di satu kawasan terpencil iaitu di padang pasir yang tidak begitu diketahui oleh penduduk dunia pada ketika itu.Kawasan itu dikenali sebagai hijjaz yang mengandungi  tiga buah kota yang terkenal iaitu Makkah ,Madinah dan Ta’if.Lebih terperinci lagi,kejayaan agama islam mengubah tamadun jahiliyyah dapat diikuti pada dua fasa seterusnya iaitu fasa perkembangan di zaman makkiyyah dan fasa perkembangan dan pengukuhan di zaman madaniyyah.

No comments:

Post a Comment